:: Don't walk in front of me, I may not follow. Don't walk behind me, I may not lead. Just walk beside me and be my friend ::

Mengapa Singgah Kalau Tak Masuk

Me, Myself and I

My photo
Summer is Annie @ Rosni ..i'm 28 years old.. Aku tak susah untuk didekati..kalau sape nak be fren dengan aku,just come to me when i'm in a good mood.. Aku hidup untuk family aku,4 my hubby,dan untuk orang-orang yang sayang aku... Aku nk puaskn hati sume org.. :: ...Aku nak jadi yang terbaik untuk semua orang...::

Friday, October 31, 2008

My Best Friend- part 2

10 benda yang kami tak boleh nak lupekan.....

1. Sehari sebelum hari konvokasyen kelihatan seorang perempuan berkebaya berjalan laju dengan memegang sehelai selendang di tengah2 orang ramai di Sg Wang Plaza.

2. "Ko nak aku bayar hutang ko dengan cash ke chq??"-hahahaha...sampai sekarang musibat tu tak bayar2..itula adik kesayangan meng2..

3. Balik curi2 lepas kuar clubbing, panjat pagar hostel..pastu suh pak guard bukak gate..pak guard yang tengah sedap2 tido kelam kabut bangun pastu terus buat2 tulis something kat report book dia..hahahahah....(mgkin dia igt bos dia wat sportcheck kot)guling2 ktrg gelak...

4. Bercuti bersama ayu, nagn ady kat Taman Negara..main pelampong kat air terjun...huhuhu...best..

5. Takde duit pun tetap berlagak gi lepak2 minum2 kat starbucks...

p.s : aku bg 5 dulu..nnt aku update lagi..perut sakit,xde mood nk menulis

Sedih... :'(

Dua, tiga minggu ni aku rase hidup aku serabut sangat..pala aku rase berat sangat..aku tak tau masalah banyak sangat ke atau ape..tapi aku rase aku takde masalah yang berat sangat pun..

Hari rabu lalu, sepanjang hari aku rase pala aku berat sangat, tak tau nape..aku rase serabut sangat otak aku ni...mase balik kerja terus gi salon kat rumah aku tu terus potong pendek tanpa pk panjang lagi..hahaha..(pastu aku nyesal...)

Sebenarnya dh lame aku teringin nak berambut pendek...rasenya dah 5 tahun aku berambut panjang..last aku potong pendek rambut ni mase aku study dulu..pas abis study, aku xde potong2 rmbut lagi..dh macam style aku wat kat rambut aku ni, mase mula2 rambut panjang, aku wat curl rambut aku ni...pas 2 tahun aku straight kn balik..sampai lah hari rabu tu, pastu aku nekad nk potong pendek trus....(pastu aku nyesal...)

Dah lame aku nk potong pendek, tp tiap kali sampai kat salon, msti aku ubah pikiran,last2 aku wat treatment n trim sket je...hahha..tapi hari rabu tu aku betol2 nekad...(pastu aku nyesal..)

Aku bertambah nyesal bile kebanyakkan kawan2 sume cakap aku berambut panjang lagi ok dr pendek..rambut pendek buat muka aku macam budak2(lebih cute..haha)..agaknya kalau rambut aku panjang, muka aku nmpk tua kot..haha..(errr...mungkin aku lebih mature bile berambut panjang)

Tapi lepas proses pemotongan rambut ni aku rase ringan sangat pala ni..macam semua bebanan aku hilang walaupun hakikatnya hanya rambut2 aku yang hilang dari kepala aku...masalah yang ada tetap sama...sedih tul bile tengok rambut aku yang panjang dan banyak tu bersepah kat lantai...rase nak kutip je pastu letak bawak pokok pisang..hahaha...tapi kat sini umah aku takde pokok pisang.takkan nak anto balik kampung lak kot..huhu..


p.s: aku bertambah nyesal dan nyesal bile kepek cakap dia suka aku rambut panjang....uwaaaaa....(aku bertambah nyesal...) hahaha...tapi ape leh buat, kena tunggu rambut ni panjang balik la ye kepek...hehehe...

p.s.s : Sape ada petua caner nak buat rambut kite cepat panjang???sile tinggalkn komen...
(aku betul2 mengharap...)

p.s.s.s : kekesalan memotong rambut bertambah sepuluh ratus kali ganda apabila orang2 yang aku sayang pun kurang bersetuju dengan keputusan pemotongan ini....uwaaaaaaaaaaaa.......(sungguh menyesal....)

Thursday, October 30, 2008

My New Style..huhu!! -before and after


Before (gmbr di ambil di salon 5 min sebelum rambutku dikerjakan...)


After (much better...)


p/s: korang nk komen ape2 tak pasal rambut baru aku ni...ok ke x ok??sile tinggalkn komen dibahagian komen ok..(jgn tinggalkn komen di bahagian kalender plak..)

Wednesday, October 29, 2008

Lelaki Kasanowa, Perempuan Pisau Cukur

Petang yang kelam kabut dan hiruk pikuk dengan orang yang keluar masuk dalam opis ni buat pala aku makin pening..tambah pulak aku ni dr pagi tak menjamah makanan pun..aduh....(ade lak bau ikan masin berlegar2 around me...huh!!mesti restorant kat bawah yang masak nasi goreng ikan masin ni....) bertambah lapo perut aku...

Sape leh tahan?? Aku pn trus turun bwah order nasi goreng ikan masin..haha!!puas hati aku dapat makan..huhuhu...pas makan br bersemangat buat kerja...sambil buat kerja, sambil dengar Hot.FM online kat live-radio.blogspot.com. topic petang ni pasal lelaki kasanowa, perempuan pisau cukur...

Errrrr... macam2 pengalaman yang aku dengar pasal lelaki kasanowa, dan perempuan pisau cukur ni.. kawan sekeliling aku pun ade yang jenis perempuan pisau cukur ni...tapi kawan aku cakap bukan dia yang nak kikis, tapi laki tu yang nak bagi....sama la tu..dulu same aku study ade gak kawan aku yang berniat tuk mengcukur orang..haha...yang bestnya kawan aku ni cukur, pastu share ngan ktrg..hahaha...best tul..ape yang dia dapat, kami pun dapat...siap kena ajak gi melancong lagi..walaupun tak jauh mane, tapi dapat gak la berjalan free...yang bagusnya kawan aku ni jenis yang tak makan sorang....leh tak, laki tu ajak kawan aku ni bercuti, pastu kawan aku ni ajak ktrg jugak, nak tak nak laki tu terpaksa la setuju, kalau tak setuju kang xdapat lak dia nak bercuti ngan kawan aku ni...lawak tul lak...laki tu pun xtau ke yang kawan aku ni hanya nak mengikis dia je...bodoh tul kan??bagi ktrg, kalau orang dah baik hati nak bagi, kite ambik jela...ktrg tak mintak....

Tapi tak sume perempuan je yang pandai mengikis, ade gak lelaki yang jenis mengikis...aku tak respek la laki yang jenis camni...tp kalau perempuan xpe kot.hahahahaha....



** Updated : posting ni aku bkn tujukan kpd Meng2..bkn meng2 orang yang dimaksudkan dlm cerita ini..harap maklum...

Biarlah

aku sudah berlari
mengejar yang tak pasti
mengejar kamu.. hanya dirimu..

kulantunkan hidupku
kubisikkan cintaku
hanya untukmu.. hanya untukmu...

tapi engkau terus pergi
tapi engkau terus berlari
jadi biarkanlah aku di sini

biarlah kurela
melepasmu, meninggalkan aku
berikanlah aku
kekuatan untuk lupakanmu

waktu terus bergulir
sakit tetap mengukir
jalan hidupku.. jalan hidupku..

berikanlah jiwamu
berikanlah cintamu
hanya untukku.. hanya untukku

tetapi engkau terus pergi
tapi engkau terus berlari
jadi biarkanlah aku di sini

kau jauh dariku
kau tetap menjauh dari aku.

Tuesday, October 28, 2008

10 tanda dia jodoh kita.

Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.





Antara Amalan-Amalan Murah Rezeki.

1. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah
, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

2. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah
jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

3. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah
buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

4. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

5. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)


6. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah
lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)




Friday, October 24, 2008

Saje nk enterfrem....haha



p/s : gambar diatas mase Dynas tengah shooting kat tmpt aku, gambar kat bawah lak mase jalan2 kat terengganu...zizan ni kawan mber aku upenye....

Aku Untuk Mu

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta

Untuk membahagiakan hari mu

Aku
Sayang dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Thursday, October 23, 2008

My Best Friend



Ini kawan saya, fullname dia Fazilah Binti Abidin.(kdg2 dia gatal spell nama dia Fhazilah..huh!ngada2..ejaan yang sebenar adalah FAZILAH ya tuan2 sekalian) org panggil dia Zilla, tp aku pggil dia Meng-Meng..(cam nama kucing kn?haha..)

Dia sekarang berada dia Kota Kinabalu, Sabah. berkerja sebagai....errrr..sebagai....PA cum Admin cam puki(dia yang cakap camtu)....

Umur dia setahun lebih muda dr aku, (mungkin sebab aku ni berjiwa muda dan aku memang muda, so tak terasa perbezaan umur antara kami...)

Aku kenal dia mase sama2 belajar di AIM..korang tau x AIM tu ape? sama dengan UNIKL. kami ambik jurusan yang sama, tapi dia masuk awal sikit sebab dia ambik PRA- Diploma..(mungkin aku dah cukup pandai, tak perlu lagi nak amik PRA, trus amik diploma je..hahaha..kat sini nmpk sangat aku lebih pandai dari dia..)haha...

Kehidupan kami di hostel mase sama2 stady dulu sangatlah hepi dan gembira sekali..banyak kenangan yang kami lalui bersama..terlalu banyak kenangan manis..kalau nak cite sume, tak siap lak keje aku arini...

Detik perkenalan kami bermula ditangga kampus kami..hahaha...cerita bermula selepas tamat sesi pembelajaran pada ari itu..aku sedang menunggu kakak aku untuk membawa aku keluar makan, aku tak ikut kawan2 aku yang lain balik ke hostel sebab sudah membuat temujanji dengan kakak aku.lgpun kawan2 aku tu mahu bershoping2 dulu sebelum pulang...bile semua kawan2 aku sudah berlalu, aku terkebil2 seorang diri..aku terpikir sendiri, bangaimana aku mahu pulang nanti?aku tak tahu jalan untuk ke hostel..mase tu aku baru 2hari di kolej itu..kakak aku pn mgkin tak tahu jalan ke hostel aku..aduhh..payah seh..pusing aku gini....tibe2 aku terlihat seorang budak bwah umur sedang berdiri ditangga seorang diri..mati2 aku igt budak mane la sesat kat sini, tapi lama2 aku tengok, baru aku perasan budak tu classmate aku jugak..mungkin tengah tunggu seseorang...disebabkan aku bosan tunggu kakak aku sorang2 dan aku perlu mencari kawan untuk menunjukkan jalan pulang nanti, aku pun gi la tegur budak tu...aku tanya dia watpe kat situ, dia cakap nak balik,aku tye lagi nape tak balik ngan kawan2 tadi, dia jwap dia malas nk ikut mereka berjalan2 sebelum pulang ke hostel...so, aku pun mempelawa dia untuk pulang bersama aku.tapi sebelum tu aku kena tunggu kakak aku dan kami akan makan dulu sebelum pulang..munking Meng2 juga tiada pilihan lain, so, dia pun ikut jela aku..aku rse dia pun xde kwn mcm aku jugak kot..haha....dari hari tu bermula lah episod persahabatan kami...

Aku ngan Meng-meng mmg banyak persamaan, muka kami pun ada yang cakap lebih kurang sama,(tp meng-meng ckp dia lagi lawa dr aku..sial tul....meng2 mmg xnk kalah lagi aku)....kalau ade yang aku terlebih dari dia, msti dia xleh tido mlm..hahaha...usia percintaan kami dengan pasangan masing2 sama2 sudah menjangkau 5 tahun..sebab kami berkapel dgn pasangan masing2 pun lebih kurang sama tarikh..kurang 2, 3 bulan saja..

Meng-Meng mempunyai otak yang sangat bengong..ade je benda2 gile yang dia akan lakukan tanpa sedar...Meng2 juga sot orangnya..haha...(perkataan sot pun aku belajar dr dia)...

Aku ade banyak lagi benda nak diceritakn tentang Meng2, tapi nanti aku cerita lagi..tunggulah posting 'My Best Friend-Episod 2"
Aku dh penat menaip panjang lebar..lgpun banyak keje aku yang belum siap..

Jumpe lagi nanti...


P/S : Meng2 kalau ko bace entry ni, jgn marah eh...aku cube nak ko tahu aku menghargai ko sebangai kawan aku....hahaha....cite kat atas ni sume benar2 belaka...tp mgkin ade sikit2 aku edit tuk menyedapkan jalan cerita..haha..

My Workstation at home...


Macam ni la keadaan meja aku time kena wat OT kat umah (ot tanpa bayaran)..serabut meja aku samalah dengan serabutnya kepala aku time tu....

Sebab tu sekarang ni kalau boleh aku nak siapkan semua keja di opis saja..taknak lagi ot kat umah..makin serabut kepala aku ni..huh!

Wednesday, October 22, 2008

Camsial

8.00am : Alarm bunyi lagu disco yang menyakitkan tinge....

9.15am : Bangun dari tido setelah lebih sejam alarm berbunyi...(lagu disco yg tah pape).

9.46am : Bersiap ala kadar..(ari ni pakai baju itam ngan pink..suar jeans..hahaha...)

1015am : Sampai opis..on pc..tengok tray yang bersepah dengan kertas yang takde kena mengena ngan keje aku..(kenapa sume benda nak kena letak atas meja aku???) GERAMM!!!!!

10.30am : Bermulalah azab......


Ros, tolong fax borang ni kat bla..bla..bla...

Ros, list bank acc yang i bagi u mgu lepas dah check balance belum?nnt anta kt bilik i ya...

Ros, tolong i kejap, telefon no ni mntk dia anta barang yang i order tu cepat ye..tolong follow up ye..

Ros, esok tolong comfirm ngan bank bile leh collect buku chq baru yang hilang tu..

Ros, tolong bagi doc ni kat Sam..

Ros, jom mkn... (ha...yg ni bgus....)

Ros, name card yang order semalam dah siap belum??

Ros, tolong check spelling surat dalam pendrive ni,kalau salah tolong betulkn, pastu print and bagi boss sign...pastu bagi i balik ye

Ros, Ros, Ros......


WOiii musibat, ni sume bukan keje aku la...mane kerani korang?keje aku pun lum siap2 lagi tau..kang bos masuk nk check..dah le aku msuk lmbat ni...korang igt aku ni ape?dah...dah....aku nk siapkan keje aku dulu....jangan kaco...


3.03pm : tgk iklan jawatan kosong..download borang...(dh byk aku isi...nape xde rezeki aku lgi ni....)

4.07pm : lmbt tul kul 5.30..pening pala aku tak cukup tido ni..nak balik tido.....

Friday, October 17, 2008

Bawaku Terbang

LAGU NI SAYA TUJUKAN KHAS KEPADA SESEORANG YANG SEDANG SAYA SAYANGI SEKARANG INI..
B, TERIMA KASIH SEBAB BAWA SYG TERBANG..MEMORI NGAN HBY TAKKAN SYG LUPAKAN...


Mata Ke Mata.
Ke Hati..
Hati ke Hati..
Hati Hati..

Bibir Ke Bibir..
Bicara Janji..
Janji Ke Janji..
Jadi Hujan…

Rindu ke Rindu..
Termimpi mimpi..
Hari Ke Hari..
Nanti di nanti..
Menanti Pasti..
Pasti Disisi..
Sisiku Kini..
Ternanti nanti..

Bila diceritakan tentang cinta
Segalanya muncul sekelip mata
Semuanya di depan matanya dia
Makan tidur pun tak lena

Dia… cinta…
Dia… sayang…
Aku… dicinta…
Aku… disayang…

Kamu yang bawa ku terbang
Kamulah jua yang membawa cinta
Ke jalannya..

Kamu yang bawa ku terbang
Ke bintang kejora cinta kita
Kekal untuk selamanya

Kita berdua kian bermesra
Rindu makin membara
Kita berdua bermain kata
Pasang surut tak endah

Dia… cinta…
Dia…. sayang…
Aku…. dicinta..
Aku… disayang…

Kamu yang bawa ku terbang
Kamulah jua yang membawa cinta
Ke jalannya…

Kamu yang bawa ku terbang
Ke bintang kejora cinta kita
Kekal untuk selamanya

Mata hati jiwaku…
Seluas langkah di
Sebesar cubisan
Namun segitiga bermuda

Ku ganti sungai merah
Dengan darahku
Rinduku meragutkan
Kehangatan cinta kita

Mungkin tidak sehebat mana
Ku di pertikaikan kasih
Ku bukan tempat dua ketiga
Di hati ku cuma kau yang satu
Seterusnya nyatanya hanya
Dirinya jiwanya
Jiwa ku rentas benua
Warna angkasa cinta
Cintalah kamu…

Kamu yang bawa ku terbang
Kamulah jua yang membawa cinta
Ke jalannya…

Kamu yang bawa ku terbang
Ke bintang kejora cinta kita
Kekal untuk selamanya

Bukan Niatku

Tertutupkah sudah hatimu
Untuk menerima ku lagi
Apakah keras hatimu
Tak bisa lentur lagi

Bukan ku sengaja
Mahu kau terluka
Bukan niatku

Kalau pun memang
Aku bersalah
Namun sebesar manakah
Begitu susah utk kau maafkan
Hingga ingin kau singkirkan
Bumi yang manakah yang tak pernah basah
Bila hujan mencurah

Aku usah berubah
Usah diturutkan hati marah
Di hati kecilmu
Ku tahu kau tak begitu

Sudah lumrah cinta
Suka bersulamkan air mata
Kita dihiris rencana
Terpetik cinta sukunya

Kita buang keruh yang melanda
Kasih pasti jernih semula
Tak siapa di dunia merasa
Cinta terlepas sengsara

Tanpa rajuk hiba
Tak ketemu makna
Nikmatnya cinta

Bukan niatku...

Petang Ni ujan lagii

Ermmm.....petang ni ujan lagi..time nk balik je mesti ujan..otomatik jln pn jem ar nnt...aku igt nk laksanakan je idea kete terbang aku tu, tp daz ckp nnt jem kat udara plak...Mmmm..tul gak tu...nnt berselerak le plak helikopter atas langit tu...tah2 nnt kena wat trafik light lak kat atas tu...

p/s : kat udara pn skrg mmg ade sistem mcm trafik light kn?klu tak mesti kapal terbang berlaga kat atas sana..hahahaha..i'm can't imagine...

Thursday, October 16, 2008

Setiap Hari Hujan

Asal petang je mesti ujan.asal petang je ujan, asal ujan je petang.....bile dh ujan, jln mesti jem..bile jln jem, pala aku pn jem..Arggghhhhhh!!
Satu hari nnt aku nk cipta kereta boleh terbang..bile jln jem je, kite tekan satu punat and then, kereta berubah menjadi helikopter..hahahahaha......aman dunia ini tanpa jem....

Monday, October 13, 2008

Selamat Hari Lahir Mak

Semalam 12/10/2008 hari jadi mak aku.pagi2 lagi alarm fon aku dah bunyi2. pagi2 lagi aku dah call mak aku ucap selamat hari jadi..

Walupun aku tau mak aku tak bace blog aku ni, tapi aku nk wish gak kat sini..hehehehe....

Selamat Hari jadi mak,
Semoga terus bahagia dan ceria..semoga pnjg umur dan murah rezeki...

P/s : errr..mak aku mntk adiah peti ais baru yang lebih besar dari yang kat umah tu lah...errr..akan aku usahakan...(pada calon2 menantu mak aku, leh tak tunaikan keinginan mak aku ni, sebab wat mase skrg ni aku kekurangan wang untuk menunaikan hajat mak aku...apa2 pun, ttp aku usahakan...tp selang beberapa minit mak aku sms ckp, gurau je...)aku tau mak aku serius sebenarnya..cuma dia xnk nyusahkan anak2 dia...

Wednesday, October 08, 2008

Hari-hari yang memenatkan

Hari ni 8 october 2008. Dah 3 hari aku masuk kerja semula setelah lebih seminggu bercuti raya..lum msuk keje lagi orang ofis dah awl2 remind aku yang kerja bertimbun menanti aku..huh!

Dari ari isnin sampailah ari ni keje aku xsiap2..dr pagi ke ptg ngadap pc ni...naik berpinar mata aku ni..ni pn aku curi2 time update kejap..otak aku dah xleh nk tumpukan perhatian lagi...kang klu aku terus wat keje gak, msti byk yang silap..aku gak yg susah...kena wat keje 2 kali...

Oklah..jap lagi nk blik dah..ujan lebat tul kat luar tu.msti jem, silap2 bnjir lagi...
aduihh..aku mls tul nk smbg wat keje kat umah..aku keje nine to five je..time aku kat umah aku xmo tgk benda2 ni..serabut pala otak aku.....

k la..pape nnt aku update..
tata...

Monday, October 06, 2008

Senandung Hari Raya UntukMu

Ku senandungkan lagu untuk mu yang jauh di mata
Daku kirimkan kasih di angin lalu
Semoga kan hilang rasa rindu
Hilang pilu resah di kalbu

Maafkan daku kerana tak dapat bersama mu sayang
Di hari raya hari yang bahagia
Kerana tugas pada negara
Dan semoga kekal sejahtera

Ku harap dikau gembira
Oh di samping ayah serta bonda
Untuk keluarga tercinta
Ku ucapkan Selamat Hari Raya

Dengarlah sayang aku hulur pengganti diriku
Semoga kau akan terhibur selalu
Di dalam suasana hari raya
Terimalah dengan rasa bangga

Tag Dari kiena

Dah lama sangat aku tak jenguk2 blog kawan2 aku..tadi aku jalan2 jap kat blog kiena, pastu aku rase aku macam nk wat tag ni je..jom la layann jap...



1. Berapa pasang baju raya anda tahun ni dan kaler ape??
Tahun ni baju raya aku 2 pasang je...uwaaa..sedih la..tak dapat nk melaram banyak2 baju...1 kaler purple yang cantik(dah mcm baju pengatin pun ade), 1 lagi kaler pink...yang kaler purple harge RM230(setelah di discount). yang kaler pink tu RM50 je...


2. Makanan raya tradisional kegemaran saya??
Nasi himpit ngan kuah kacang..jugak air sirap bandung yang sangat sejuk (ais lebih)...sedap klu minum time tengah panas setelah penat beraya...tidak lupa juga ketupat pulut...

3. Biskut raye kegemaran saya??
Tart nenas, kuih bahulu cicah ngan sirap.


4. Berapa banyak duit raye korang spend untuk bagi pada bebudak ?
Dalam RM100 je.kakak2 aku lagi kaya dari aku, diorg la yg patut kuar duit byk sket..hehehhe...(tapi tuk adik dan anak buah aku lain kira la...)


5. Akiviti malam raye saya??
pasang langsir, hampar karpet baru, susun2 sofa, kemas2 umah...(sambil tengok tibi..banyak tul cite best time malam2 raya ni..saje nak suh aku malas tolong ngemas je....


who's to tag ??

- sape2 yang merayakan hari raya ini..

Sekian terima kasih

Corat-Coret Raya 2008

1.Raya tahun ni raya yang paling memenatkan dalam hidup aku..dari selatan ke utara aku beraya..
(betol2 beraya sakan aku tahun ni)

2. -deleted-

3. Hari raya pertama aku kat umah mak ayah aku..macam tahun2 yang lepas, dr pagi sampai ke petang sama je..

4. Raya ke-2 aku beraya kat tampin kejap, pastu bergerak ke melaka, pastu ke Muar..dah penat seharian menyaksian drama live(haha..), kami kembali semula ke tampin untuk tido dan berehat...

5. Raya ke-3 kami bergerak Kluang pulak, pastu terus ke terengganu....(aktiviti beraya yang paling jauh pernah aku lakukan..hahaha...sungguh tak sangka betol..)

6. Aku dah lama tak melakukan long distance journey macam ni..last sekali mase anta kakak aku kawin kat kelantan beberapa tahun yang lepas..pejalanan sungguh memenatkan dan sungguh menyesalkan diriku kerana mengikuti aktiviti ini...

7. Sepanjang perjalanan ke terengganu macam2 aku belajar, antaranya satu permainan tradisional budak2 kat melaka...(tak tau lak negeri lain ade main ke x..)
korang pernah dengar tak permainan vespa kunci,kodok kunci...cam sial je permainan ni...sungguh ganas sekali sebab dengan tanpa rasa bersalah mereka akan memukul dahi kita kalau mereka jumpa vespa atau kete kodok..sape yang ternmpak vespa atau kete kodok dulu akan dengan ganasnya menepuk dahi kawan2 yg paling hmpir dengan mereka sambil berkata "vespa kunci" atau "kodok kunci" ..hahahha..sapa yang kena tepuk dahi tu nasib la.....siot tul permainan ni...kita hanya boleh kunci kenderaan yang antik2 je..yang susah nk dapat kat jalan raya.layan jela....

8. Mase kat terengganu tiba2 aku teringat kat mak aku kat kg..aku tak pernah tinggalkan family aku mase raya ke-2 untuk beraya bersama kawan2..tibe2 aku rase sayu...

9. Baju raya aku kaler purple tahun ni..sekali pandang dah macam baju orang nk kwin pun ade.. vouge sangat ke??mula2 aku rase takde la over sangat, tpi bile dah ramai sangat yg tegur aku naik segan lak nk pakai..over sangat ke??

10. Pertama kali dalam sejarah hari raya aku makan nasi himpit dengan tomyam..huhu...kreatif tul dak epi ni la...

11. Tahun ni ade sorang budak ni bagi aku duit raya RM100..hehehe..terima kasih..dah besar2 pun tetap dapat duit raya lagi..(tapi duit tu telah digunakan tuk mengisi minyak ke terengganu...uwaaa....macam tak ikhlas je bg aku duit tu).....

12. Mase kat terengganu aku jumpe Si Raja Lawak Zizan tu...jumpa zizan time dia tengah lepak2 ngan member dia tepi pantai, pastu dia ajak raya umah dia..(saje nk bagitau..tak bangga langsung pun...)zizan ni siot tul la..orang datang umah nk beraya, leh lak dia bantai tido dlm bilik, nasib baik la fmily adi dah biasa ngan family zizan ni, so takde la terasa sangat.tapi bagi aku yang tak biasa ni rasa zizan ni sungguh kurang sopan tol la...(sebenarnya aku tak minat dia sangat pun...tak kisah lgsg pun..cume nk gtau jela...jangan dtang raya umah dia!dia dh sombong)

13. korang nk tengok gambar2 raya aku x?lain kali la ye..time aku betol2 malas nk upload gmbar...berukband ni lembab nak mampus...lagi pun tujuan utama aku bawak balik laptop ni tuk wat keje, bukan tuk update blog..hahahhaha...


ok lah...daaaa.....
selamat hari raya...

Selamat Hari Raya

Hari ni 6 october bersamaan 6 syawal, bermakna kata hari ni hari raya ke-6..cepat tul mase berlalu. rase macam br je semalam start puasa, sedar2 hari ni dh hari raya ke-6.cepat tul mase berlalu, kn??..sedar tak sedar dah lama sangat aku tak update blog ni..haha..
sejak berpindah ke opis baru, kegiatan ngular aku di blog2 semakin berkurangan...sampai nk check email pun takde mase...huh! bos aku ni betol la menyeksa aku....aku nk beri ucapan hari raya pun takde mase...

Di kesempatan ni aku nk ucapkan selamat hari raya tuk korang semua..aku nk mntak maaf kat korang, dan aku jugak dah maafkan korang semua..korang takyah cakap pape, aku tau korang mmg nk mintak maaf kat aku gak kn??so, aku pendekkan cite, aku dh maafkan korang...

Aku jugak nak korang jgn amik ati klu penulisan aku selama ni ade yang terusik jiwa korang, terguris hati atau tersentuh ari2..terima kasih la sebab sudi menjenguk blog aku ni (wlupun dh lame tak update, korang sudi juga datang menjenguk...)kalau penulisan aku ni ade yang buat korang marah, tersingggung, termengumpat korang ke...sori le bebanyak...aku mintak maaf jugak klu penulisan aku ni wat korang sakit atau buat korang tak suka...(kalau tak suke tutup, jangan bace!)

Sekian,
Akhir kata, Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Dan Batiniah!!

Followers