:: Don't walk in front of me, I may not follow. Don't walk behind me, I may not lead. Just walk beside me and be my friend ::

Mengapa Singgah Kalau Tak Masuk

Me, Myself and I

My photo
Summer is Annie @ Rosni ..i'm 28 years old.. Aku tak susah untuk didekati..kalau sape nak be fren dengan aku,just come to me when i'm in a good mood.. Aku hidup untuk family aku,4 my hubby,dan untuk orang-orang yang sayang aku... Aku nk puaskn hati sume org.. :: ...Aku nak jadi yang terbaik untuk semua orang...::

Monday, April 28, 2008

Mati Dah Sekor.

*entry ini sepatutnya telah di post pada 22 April yang lalu..tapi sebabkan mase aku menaip enrty ini, office aku telah black out..so, aku pun malas nak tulis lagi...., tapi tadi bile aku tengok2 dalam draf blog ni, rupa2nya, blogger telah auto save entry yang tak sempat aku post ari tu..yakni sebelum pc aku ni padam..hahaha..so, aku sambung jela tulis....aku tak perasan lak blogger ni saves draffs automaticlly..hehehe..bagus..bagus.......kalau black out lagi pasni xde la aku menyumpah seranah pc ni..hahahaha.....

Uwaaa......
aku tak tahu kenapa aku rase sedih sangat mase aku tengok ikan aku tu mati....sedih sangat rasenya...semalam mase aku nak keluar pergi kerja seperti biasa mesti aku bagi ikan-ikan aku tu makan.mase aku tengok ikan-ikan tu, aku nmpak sekor dari tiga ekor ikan emas aku tu timbul tak gerak2..aku ingat dia main2 je..sebab ikan tu selalu takut2 aku mcam tu..berlakon konon dah mati, tp sebenarnye dia saje nk buat aku cuak...tp semalam, ikan aku tu bukan bermain2 atau cube nak bergurau senda dengan aku.apatah lagi untuk beramah mesra...ikan aku sekor tu betol2 mati....uwaaaa....sedihnya....mula2 aku tak percaya dia mati, tapi b ckp ikan tu mmg dah mati.dia pun angkat ikan tu..memang ikan tu tak bergerak langsung.....sedihnyaaa........beliau memang dah tak bernyawa....
:'(
Aku remind balik ape punca kematian ikan tu...aku bukan la doctor pakar yang boleh membuat posmotem keatas ikan aku tu.. tapi ape yang aku tau..ikan-ikan aku tu dah bape hari aku lupe beri dia makan...aku gi keje pagi, then mlm baru balik, kadang-kadang 3,4 pagi baru aku sampai umah...hehehehe..aku tahu, salah aku.....aku menyesal......sekarang ikan aku tinggal berdua..(boleh la mereka bermesra tanpa gangguan orang ketiga..)

Hari ini, 28 April 2008, setelah seminggu berlalu, (maknanya sudah seminggu jugaklah ikan aku hidup berdua)...seperti biasa sebelum pergi keja, aku akan pastikan ikan-ikan aku yang tinggal 2 ekor itu ku berikan makanan yang setimpal...tetapi bile aku tengok sekor ikan aku tu macam tak ceria je....asyik men0nggeng je..kepala kat bawah, ekor kat atas..pelik gak aku....ikan aku lagi sekor ni pun nak kiok ke???aku pun cepat2 tukar air ikan tu, (dah kotor kot...)pas masuk air baru, bagi makanan yang baru, aku tengok ikan tu still lagi buat aksi akrobatiknya dengan menonggeng ke bawah...aduh..risau lak aku tengok..kalau sekor lagi mati, maknanya tinggal sekor la ikan aku tu..mesti dia akan sunyi nanti...cuak gak aku...aku tak mahu ikan aku kesunyian sebab aku tahu,aku tak cukup mase untuk diluangkan bersama
ikan aku tu nanti.

Pagi tadi aku tinggalkan ikan2 tu pergi kerja dengan keadaan yang masih lagi menonggeng...risau gak aku..aku harap, balik kerja nanti ikan itu still bernyawa....aku dah mula sayang ikan-ikan aku tu..mula2 dulu memang aku kurang gemar nak bela2 ikan ni, tapi setiap hari balik kerja dalam keadaan penat, dengan otak berserabut, bile aku tengok aksi ikan2 tu, mesti hilang penat aku..tenang je rase....hilang semua masalah....

Sebenarnya ada peristiwa hitam disebalik ikan-ikan tu...aku tak suke ikan mase mula-mula kawan aku bagi ikan2 tu, tapi bila dah berhari2 dalam jagaan aku, baru aku rase seronok ada ikan..hahahaha....ade gak tempat aku meluahkan masalah dan ketidakpuasan hati aku..(wlpun aku tau,ikan-ikan tu takkan paham..hahahah...takpe, janji aku puas!!!)


*Enrty updated :- punca kematian ikan tu masih lagi disiasat sehingga kini...

Friday, April 25, 2008

Pesan Mak

Teringat aku masa zaman aku di kolej...
Mak selalu pesan, nak berjaya kita mesti sabar.....

Mak : Macam mana exam?

Aku setuju....sebab itulah aku sering bersabar dalam keadaan sekritikal mana pun...

Aku : Teruk la mak...

Tapi biasanya mak yang akan hilang SABAR!!

Mak : Teruk pun boleh senyum ke?Student ape kamu ni ha??pemalas!

Adehhhh......

Thursday, April 24, 2008

Damn Cute!!


Aku tak tahu nak tulis ape....
Ermmm.... Tomei kan??
:-)
Damn cute!!

C.I.N.T.A

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA

Can you??

Jam menunjukkan pukul 2.57 pagi...tak tau nak wat ape..dalam aku membuang mase aku explore blog2 kat malaysia ni, tiba2 aku terjumpa artikel ni...ermm...macam menarik lak, so aku rase macam nak share benda ni ngan korang semua....
Dalam pada mata aku yang dh berpinar2 ni, leh jugak aku bace petikan dibawah ni..huhuhu....sebenarnya aku percaya ramai orang kat luar sana yang juga boleh bace dan paham ape yang tertulis kat bawah ni...meh le korang sume bace....



I can .... can you??? Try it....


fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too. Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe out of 100 can..

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghi t pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.

Sawang.....

Aku rase macam dah lama sangat aku tak menulis dalam blog aku..dah naik bersawang blog ni..hahaha..ya!! aku sekarang dah kembali kepada sifat asal aku yang malas...
Aku malas nak menulis lagi..bile jari aku duk atas keyboard ni je mesti idea aku terus lenyap...aku takde idea ape ni tulis.....
Ermmm...biar la aku senyap dulu..malas nk tulis apa2...

Tuesday, April 15, 2008

My All - This song is dedicate to My Hubby...


I am thinking of you
In my sleepless solitude tonight
If it's wrong to love you
Then my heart just wonaed in you
And I won't pull through
Without you by my side
I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight
Baby can you feel me
Imagining I'm looking in your eyes
I can see you clearly
Vividly emblazoned in my mind
And yet you're so far
Like a distant star
I'm wishing on tonight
I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight
I'd give my all to have
Just one more night with you
I'd risk my life to feel
Your body next to mine
Cause I can't go on
Living in the memory of our song
I'd give my all for your love tonight
Give my all for your love
Tonight

Aku Dah Malas..

Aku malas!!

Ye..aku tahu aku malaas...

ok, dah!

Friday, April 11, 2008

Stupid Things...

WARNING!!
Children playing outside the car can cause accident..
and...
Adults playing inside the car can cause CHILDREN by ACCIDENT...

*************************************************************

Condom says to kotex:
Damm u! every month u stop my business for a week...
Kotex says :
Ahhh!!! if u make mistake 1 time, i loose my business for 9 months...

INILAH CINTA

Ini CINTA....
Ada seorang lelaki buta, semua orang bencikan dia,kecuali kekasihnya.lelaki itu selalu berkata saya akan mengahwini awak kalau saya boleh melihat. satu hari ada orang mendermakan mata kepada lelaki itu.bila dia boleh melihat,dia sangat terkejut apabila melihat kekasihnya juga buta.kekasihnya berkata, "sudikah awak mengahwini saya sekarang?" lelaki itu menolak...kekasihnya senyum dan pergi sambil berkata TOLONG JAGA MATA SAYA BAIK-BAIK..

Thursday, April 10, 2008

Stupid Messages....

Petua untuk dikasihi...
Ambil sebiji buah pinang, kemudian baca selawat 3x dan baling pada orang yang dikasihi..
untuk lebih mujarad, gunakan buah durian atau buah kelapa sawit...
Selamat mencuba....

Satu mayat tua dikeluarkan dari bilik ais untuk dikebumikan, setelah dikeluarkan ada air mengalir dimuka orang tua tersebut.dengan ketakutan, cucunya memanggil.. " Nenek,atuk keluar peluh!"
nenek menjawap, "Oooo...atuk kamu tu first time mati, mestilah nervous sikit..."

Satu hari seorang nyonya first time datang KL lepas menang loteri, dia check in hotel mewah. Dia diiringi pelayan ke bilik penginapannya.Apabila pelayan menutup pintu,nyonya melihat sekeliling.tiba-tiba berkata..
" Sekius mi, lu ingat wa tua, mali dari kampung tala tau duduk hotel ka?? lu kasi ini bilik kicik, tada tb, tada lemari, katil titun pun tada! haiya, mau tipu olong ka?"
Pelayan menjawap..
"Sabar nyonya...ini baru lift maa....."


***********

Sekadar Renungan

Renungkanlah....

Masuk msg je kita cepat-cepat baca dan balas
Tapi....
kenapa masuk waktu solat kita tak cepat-cepat buat??

Topup 5 even 10 ringgit kita sanggup,
Tapi...
kenapa sedekah kat masjid 20sen susah kite nak bagi?

Time mandi kita boleh menyanyi macam-macam lagu,
Tapi...
Kenapa masa nak makan,nak baca doa pun kadang-kadang kita lupa..


Waktu kredit takde, kita cepat-cepat tebus mana yang boleh.
Tapi....
Kenapa kita tak tebus dosa yang kita lakukan?


Sekadar renungan untuk semua, juga untuk saya......

Tuesday, April 08, 2008

Si budak comel yang tension

video

Hahhaa....memang pecah perut aku tengok video ni..aduhh....budak ni pun gi melayan tu watpe.kalau dah tension tu diam jela....comel budak ni..anak sapa la yek....
Tiap kali aku tengok video ni aku mesti teringat kat Zack...huhu..rindu la kat dia..cepat la balik, ibu ngan bapak rindu kamu ni.....

Diam..diam..boleh tak diam, adik tidoq, nanti dia jaga, pelanting, pecah pala....hahahha....

Monday, April 07, 2008

SMS Mania

Minggu lepas housemate aku Ana, buzz aku kat skype.dia ckp dia ade berita terkini.dia suh aku amik henpon and then tekan *128*4# kat henpon aku.dia kate maxis tengah wat promosi untuk orang2 yang terpantas..Ana suh aku wat sekarang jgk..so, aku pun buat la...maxis potong kredit aku singgit..pastu dia kreditkan 1500 sms kat henpon aku...wuahahaha...best..best...best....
Aku pun ape lagi cepat2 bgtau kawan2 terdekat aku yang lain..(aku kan kawan yang baik, tak mahu gembira seorang diri..ape yang kita tahu mesti dikongsikan dengan kawan2 yang lain kan..) tp yang azab nya sms 1500 tu aku kena abiskan dalam mase seminggu..that's mean, 9hb ni expired la sms 1500 aku tu.aku juga hanya boleh guna sms tu dr jam 6am-6pm saje... :-(

Sejak ari tu, aku menjadi seorang kawan yang rajin bertanya khabar kawan2 yang lain...hahaha..macam-macam sms aku sent kat kawan2 aku...ade gak kawan2 aku yang pelik ngan aku sebab dengan tak semena-mena aku rajin meng sms diorg...salah aku jgk sebab dulu2 aku bukan lah seorng kawan yang rajin bertanya khabar apatah lagi meng sms mereka..haha..dulu aku hanya ber sms untuk benda yang penting saja.kalau malas sangat, aku terus call je...tapi sejak dapat 1500 sms ni, aku lah kawan yang sangat baik bertanya khabar kawan2..pagi-pagi buta aku dah sent sms good morning untuk kawan2 aku..hahahah...sungguh baik bukan??haha....

Ade gak kawan2 aku yang sms and call aku tanya aku ni ok ke tak..mungkin diorg risau tengok aku yang berubah sedemikian rupa..haha..diorg ingat aku dah buang tebiat kot...adik aku sendiri pun tanya aku ni dh buang tebiat ke....sungguh tak patut mereka itu..salah ke aku nk bermesra mesri dengan bersms mereka?? (diorg dengki sebab tak dapat sms 1500 macam aku ni)lalalala...

Hari ni 7hb..maknanya ada lagi 2 hari untuk aku menghabiskan sms 1500 aku ni..tadi aku cek balance sms ni..ade lagi 1114 sms yang tinggal..maknanya, aku baru guna 386 sms saja ke??aduh....byk lagi ni...caner aku nak abiskn ni???dalam 5 hari aku hanya berjaya abiskan 386 sms saja??huh, ternyata aku bukan lah seorang peng'sms' yang bagus...ternyata sekali aku juga bukan lah seorang yang suka ber sms....

Ermmm...boleh ke aku habiskan 1114 sms dlm mase 2 hari ni??mau lebam tangan aku nanti..hahaha...kalau tak abiskan nanti rugi lak..tp aku rase, aku memang tak dapat nak abiskan sms ni..kalau la aku boleh sedekah balance sms yang aku ade ni kat orang lain kan bagus..dapat jugak berbuat amal jariah...bersedekah dapat gak pahala...mak aku pesan tak baik membazir...

Eh,aku silap..tadi aku terpikir sesuatu...sekarang jam sudah pukul 5.43pm..maknanya untuk hari ini aku hanya ada masa 17 minit je lagi untuk menghabiskan sms ni..esok pulak,masa yang aku ade untuk habiskan sms ni hanya 12jam saja.. esok 8hb, bile detik 12mlm 8hb tu dh kira 9hb kn??so, sms aku ni dah tak bernilai lagi..sudah expired....so, maknanya hanya esok sajalah masa yang aku ade untuk menghabiskan sms ini..aku hanya ada 12 jam 17 minit je lagi untuk habiskan 1114 sms..hahahahah..mati kejung aku .....

1 jam ade 60 minit.. 12 jam ada 720 minit.. 720 min + 17 min = 737 minit..
So, maknanya, dalam 1 minit sekurang-kurangnya aku kena sent 1 atau 2 msg..hahahahha....


So, how??

Tapi aku rase kalau tak abiskan pun tak ape.ade aku kisah??takde sape pun nak sue aku...betul tak??huhuhuhu......

Smart Is Sexy

If you want to add some wattage to your sex appeal, open a book. Smart is sexy.

Saturday, April 05, 2008

Mengong!!!

Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu..

Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?

Mamak : Panas 70 sen, sejuk RM1.20.

Pemuda : Bagi teh panas 1.

Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.

Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?

Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.


Hahahahahaha!!!!!

Friday, April 04, 2008

Ikan Emas yang Comel lagi Jelita...

Ikan emas ku yang sungguh comel,jelita dan manja.....


Saya ada 3 ekor ikan emas...ikan-ikan ini diberikan kepada saya oleh seorang sahabat,(walaupun sebenarnya saya bukanlah seorang yang suka memelihara binatang apatah lagi jenis binatang yang memerlukan penjagaan kebersihan yang tinggi)...ikan saya ini sangat manja.dia hanya sukakan tempat yang bersih dan suci..kalau habitatnya ini kotor, dia akan bermalas-malasan dan tidak akan ceria...hidupnya akan muram sepanjang hari.... Oleh sebab itu lah saya katakan ikan saya ini manja...kerana sifatnya yang manja inilah, saya tiba-tiba menjadi seorang yang rajin..(maksud saya rajin membela ikan..saya mmg rajin dari segi lain ok..)

Kalau nak tahu, saya juga sangat tidak suka bila melihat air ikan saya ini mulai kotor..sungguh tak cantik permandangannya... walau bagaimana malas pun saya ketika itu, namun demi untuk melihat ikan saya gembira dan ceria, saya tolak tepi perasaan malas yang sedari kecil menumpang dalam diri saya ini..saya sayangkan ikan saya..saya tidak mahu melihat ikan saya terseksa...lagipun saya tidak mahu permandangan bilik saya mejadi cacat disebabkan oleh air dalam aquarium itu kotor...sungguh keji sekali....saya suka bilik yang bersih, kemas, cantik dan wangi...

Tapi, saya tidak suka aquarium ikan saya sekarang..saya tiada masa untuk membeli bekas ikan yang lebih menarik dan selesa untuk ikan-ikan emas saya ini..sebenarnya saya mahu meletakkan ikan-ikan saya ini di dalam balang yang cantik lagi jelita.tapi sampai sekarang saya tiada masa untuk membeli seterusnya menggantikan tempat yang baru untuk ikan-ikan comel ini.....

Sebenarnya sampai sekarang saya tidak tahu ikan-ikan saya ini betina atau jantan..tapi kalau boleh saya tidak mahu ikan-ikan ini membiak.cukuplah tiga ekor ini saya bela...itupun saya tak pasti lama mana hayatnya....


Wednesday, April 02, 2008

J.CO Donats

Donat yang sungguh menggoda lagi mengiurkan..


Ermmmm....adeh..meleleh air liur aku bile dgr name JCO Donat ni..tu belum tengok donat dia lagi..aduh....aku dah ketagih ni...

JCO Donat ni ade kat Pavillian je..tu jela tmpt yang aku..tak tau lak tempat lain ade lagi ke kat malaysia ni...

Donat ni diperkenalkan kat aku oleh Pza, adik ipar b aku, dia kate donat tu sangat sedap sekali, so, kami pun cuba la...pehhh....memang sedap..(kalau lah aku leh wat donat yang sebegitu enak,lazat dan nyaman begitu.... Emmm..ye, aku tau aku tak reti masak.apatah lagi untuk membuat kuih muih....) :-(

Kalau nk beli donat tu, kena beratur lagi tau..punya la ramai hamba Allah yang gemar makan Donat yang dijual di JCO itu...(wlpun kedai roti kat sebelah tu pun ade...msti taukey kedai roti sebelah makan hati kn??)

1st time beli donat kat JCO tu aku beli 2 dozen(24 biji) dengan harga RM 30 ++ (aku lupa amount yang tepat). puas ar mkn smpai lebam perut dengan donat..pastu 2nd time beli 1 dozen je (12 biji) dengan harga RM20, sebab takut tak abis lak...tp, tu la orang ade cakap, bile banyak berlebih-lebih, tp bile sikit, tak cukup pulak.....aduhhh...tak puas mkn donat ari tu....

Aku teringin lagi ni.....nk donat lagi....

ok..now i'm hungry..very hungry!!

Tribute to My Sahabat.... Miss K

Aku nk buat hatrit dengan post 3 entry berturut2 khas untuk sahabat yang aku sayang...aku harap sangat dia sudi memaafkan aku......aku tak mahu terlewat.....(agak sedikit poyo entry aku sejak kebelakangan ini...ya, aku tahu itu!! aku menulis dari hati..aku tak mahu mati...)

" Bila kita menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan
meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kita boleh menikam
seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kita memohon maaf dan menyesal atas
perbuatan itu, namun lukanya masih tetap ada.

Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata
yang sukar dicari. Mereka membuatkan kita ketawa dan menggalakan kita ke arah
kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka
dan sentiasa membuka hatinya kepada kita."

Maafkan aku sekiranya aku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding

hatimu...

bizi

Kebizian buat aku lupa sekejap masalah aku...aku tak ingat dah berapa lama kami tak bertegur sapa..tak bergelak ketawa bersama..aku rindu sangat dia..aku mahu seperti dulu..tapi ada yang menasihati aku supaya take time, biar suasana reda dulu baru aku bersuara...tp aku buntu...sampai sekarang dia masih menyepi...aku dapat rasakn yang dia dah buang aku dari list kawan2 nya.....

Besar sangat ke dosa aku padanya??Ampunkn aku kawan..aku kesal dengan ape yang telah terjadi.....

Tuesday, April 01, 2008

Sampai Bila???

Sampai bile persengketaan ini harus berlarutan... aku rindukan kemesraan dulu..aku rindukan gelak ketawa yang dulu..aku rindu senda gurau dulu-dulu....

Ya ALLAH, bukakanlah pintu hatinya supaya dia dapat menerimaku sebagai sahabatnya kembali..
Aku rindu dia..aku rindu hilai tawa dia...

Maafkan aku kawan,
aku sesal dengan apa yang berlaku....
Andai ada secebis rasa sayang kamu padaku, maafkan lah aku....

Andai dapat diulang semula,
demi ALLAH takkan aku lukai hatimu.....

Followers