:: Don't walk in front of me, I may not follow. Don't walk behind me, I may not lead. Just walk beside me and be my friend ::

Mengapa Singgah Kalau Tak Masuk

Me, Myself and I

My photo
Summer is Annie @ Rosni ..i'm 28 years old.. Aku tak susah untuk didekati..kalau sape nak be fren dengan aku,just come to me when i'm in a good mood.. Aku hidup untuk family aku,4 my hubby,dan untuk orang-orang yang sayang aku... Aku nk puaskn hati sume org.. :: ...Aku nak jadi yang terbaik untuk semua orang...::

Friday, July 25, 2008

Sifat was-was

Was-was adalah anak panah yang dilepaskan oleh syaitan ke dalam hati manusia dan bersarang di hati. Was-was juga mampu menguasai bisikan hati nurani atau lintasan fikiran manusia.

Bisikan hati nurani juga dapat dipengaruhi oleh ilham. Ilham adalah lintasan fikiran yang lebih khusus iaitu menyeru ke arah kebaikan, datang daripada Allah melalui malaikat, manakala was-was bisikan hati yang menyeru kepada ke jahatan, datang daripada syaitan.

Was-was itu penuh dengan tipu daya, kadangkala menyeru manusia kepada kebaikan sebagai umpan bagi memerangkap manusia. Contohnya, syaitan mempengaruhi manusia me ngerjakan ibadat sunat dan meninggalkan ibadat wajib.


p/s : aku selalu tak pasti ape yang aku lakukan.betul ke salah??

MAIN rogol-rogol

Mase kecik2 dulu kita hanya tau "main masak2", "main kawin2,", "main pondok2", dan macam2 jenis mainan lagi...main game pun susah nak dapat..

Tapi jangan terkejut zaman sekarang budak2 dah pandai main rogol2 pulak...alamak!! ni memang dah melampau..sape yang ngajo budak2 ni eh??memang advance tul la budak2 zaman sekarang..
Berita ni aku dapat dalam Harian Metro hari ni..siap jadi tajuk muka depan lagi...


KUALA LUMPUR: Jika selama ini main ‘masak-masak atau main kahwin-kahwin’ begitu sinonim dengan kanak-kanak, namun pengakuan tiga murid sekolah rendah yang terjebak dalam permainan ‘main rogol-rogol’ sangat menggemparkan.

‘Permainan’ yang bertitik tolak daripada ketagihan menonton VCD lucah itu mendorong kanak-kanak bawah umur terbabit ghairah mencuba melakukan hubungan seks walaupun sesama saudara terdekat.

** berita selanjutnya sila layari www.hmetro.com.my atau cari la paper metro hari ni punya.

P/s: melampau tul la...nasib baik la aku ni idup zaman tak berapa nak dulu..kalau sekarang mesti aku hanya memerap dalam rumah je main game daripada join budak2 ni main rogol2...keji sungguh la..

10 point for today..(Friday)

1. Pagi2 mak dah call tanya balik kg tak minggu ni...MMMmmm..nampak gayanya minggu ni tak balik kot sebab minggu ni banyak tul aktiviti..next week kot balik.

2. Orang cakap hari jumaat hari yang paling best sebab esok tak payah keje..tapi bagi aku sama je sebab esok kena keja jgk..cume halfday..

3. Masuk keje lambat lagi..kul 12.07 br sampai opis..huhuhu...(tapi takpe, nasib baik kompeni ni bapak aku punya...hahahha..)

4. Masih dengan mood demam...tension je pala hotak ni....

5. Mase datang tadi pakcik teksi tu bawak round2 tah mane2...(keji sungguh, dia tak tau ke aku ni dah lambat...tapi xpe, kan dah ckp td, kompeni ni bapak aku punya..sukati aku nk masuk kul bape pun..huhuhu)

6. Esok ade gath eh??Mmmmm..tah le leh join ke tak..rase macam tak dapat je...

7. Barang kat umah tak abis packing lagi..esok dah nak pindah..(ni semua membuatkan pala makin serabut..tambah lagi ngan hidung yang tengah serabut ni).

8. Aku benci la kat bos aku yang lembab sorang tu..dah le bodoh, bengap pulak tu...Grrrr............

9. Rindu sangat kat anak aku.. (sob sob sob..)

10. Ptg tadi ingat nk kuar jap gi Sg.wang, tapi terpaksa patah balik opis sebab aku lupa ada orang nak datang opis repair POS SYSTEM..tak dapat nak ngular...huh!

i got flu

Arrghhhh..
Tension tol la..
benci...
Geram betul, nak cakap pun susah..
susah tul bernafas ikut mulot..(caner nk comolot ni??) arrrghhh....
Mokus-mokus yang tak diingini memenuhi ruang2 rongga hidung ku ini....
Terpaksa Mc 1 hari,hari rabu hari tu...
Smalam pun takde mood nk wat keje..pandang pc rase cam nak pitam je...
Arrggghhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, July 24, 2008

Pelawat ke-1000 - The winner is Juice!!

Tahniah Juice!! Anda ialah viewer yang ke-1000 blog saya. Andalah yang saya cari..
Kat bawah ni pic yang telah di capture oleh juice..
Juice, hadiah dah dapat kan?semoga anda berpuas hati... terima kasih atas sokongan anda...


Terdapat sedikit kekeliruan semasa mengadili pertandingan ini kerana ada juga pembaca blog saya yang mengaku dirinya pengunjung yang ke-1000. Tapi nasib baik mak saya telah melahirkan seorang anak yang bijak, iaitu saya..maka dengan senang saya dapat memastikan siapakah pemilik gambar original yang telah mengcapture picture ini..huhuhu.... (saya rasa mereka sedang merancang satu jenayah yang terancang..nk mengenakan saya)

Jus orang pertama yang email pic tu kat saya.(wed, 7/23/08, 3.25pm)
Pastu diikuti dengan daz.(wed, 7/23/08, 3.28pm)
Pastu eleen pulak( wed, 7/23/08, 3.34pm)
tapi gambar yang di attach kan adalah gambar yang sama.pic tu pun si save atas nama yang sama... Mmmmm....... Tapi tak susah nk tau sape pengcapture yang asal..hehehe...

P/s : Apa2 pun, terima kasih bangat atas sokongan dan keprihatinan anda semua..

Wednesday, July 23, 2008

Perlawat ke 1000

Saya sedang menunggu pelawat/pembace/penyibuk blog saya yang ke-1000. sesiapa yang terbukak/termasuk/terbaca blog saya yang ke-1000 sila screen capture page tersebut dan sent ke email saya...anda akan diberi hadiah misteri/istimewa/terbaik....

Sila perhatikan jumlah pengunjung yang tertera dibahagian kanan page.(di bawah ayat "Mengapa Singgah Kalau Tak Masuk")kalau mase anda membuka blog saya, angka yang tertulis di situ
00001000 maka andalah yang saya cari...

Sila ambil perhatian...peraduan ini terbuka kepada semua...sesiapa saja boleh sertai.tanpa yuran, tanpa cagaran, tanpa kompromi...juri adalah saya sendiri..anda akan dinilai berdasarkan kesahihan picture yang telah di capture..gambar yang telah di capture hendaklan di sent ke email saya..(tau x macam mane nak capture page tersebut?)Sila tekan print screen pada keyboard anda..bukak Paint, dan paste.(cara mudah ctrl+ V )

Jika ada sebarang pertanyaan, sila email saya atau skype saya..kalau saya offline, sila email terus ke devilla_paris@yahoo.com.

Mase entry ini ditulis, statistik sekarang menunjukkan sudah 849 orang telah melawat blog saya..maka lagi lebih kurang 151 yang saya cari..be notice and get ready...anda sangat2 lah saya hargai..jadi, bagi menunjukkan betapa berharganya korang, saya telah menganjurkan pertandingan ini...



p/s : sila emailkan pertanyaan dan gambar blog saya (berserta angka 1000 yang tertera) yang telah anda capture ke devilla_paris@yahoo.com. sila sertakan sekali nama dan email address/nick skype/YM untuk saya hubungi...sebarang pertanyaan juga boleh di tinggal di bahagian komen..saya sangat serius ini!!


Sekian terima kasih..

Tuesday, July 22, 2008

Senyuman Palsu...

"Terlalu indah untuk dibazirkan dengan rasa sedih dan senyuman-senyuman palsu.." - bro lit

Kenapa perlu pilih putih kalau hitam menyenangkan...

Kadang2 kita tak perlukan sebarang alasan untuk menyayangi dan mencintai seseorang..tiap kali aku tanya diri aku nape aku sayang sangat dia?aku tak dapat nak menjawapnya...aku tak jumpa jawapan...aku blur...ape yang aku tau, aku sayang dia...dan mungkin aku mulai mencintai dia.....

Tapi bagai ada sesuatu yang menghalang....aku rse tembuk kita terlalu tinggi...aku tak dapat nak panjat...tolong beri aku tangga, ataupun tolong angkat aku ke atas supaya aku dapat naik dah melintasi tembok besar dan tinggi tu...kalau tak dapat pergi ke seberang tembok tu pun, cukup lah kalau aku dapat meninjau dari sebelah sini saja...cukuplah untuk seketika cuma....dapat melihat dia dari jauh pun dah cukup......

Monday, July 21, 2008

Last Week yang sungguh kelam kabut

Lega sikit bila si kecik ni tak ada..tapi terasa gak kesunyian bile dia takde..takde sape nk kaco aku wat keje..sunyi je..kalau tak selalu mesti ada yang berebut keyboard ngan aku..minggu ni seminggu Acim duduk ngan mummy dia..tak sabar nak amik dia balik minggu depan..

Sepanjang minggu lepas, aku sibuk sangat melayan kerenah si kecik ni, sampai nak update blog pun tak sempat.jangan kata nak update blog, nak buat keje pun tak leh..Si kecik ni jela sibuk ngan cartoon dia kat pc ni...(ni la padah bawak anak ke tempat kerja)...

Hari ni busy sangat siapkan keja yang dah seminggu tertangguh..penuh, padat, sesak sampai nak melimpah kertas2 atas tray aku ni..huhuhu...nmpk sangat keje bertimbun tak siap....

Ahhh...lega betul bile sume keja dah settle..ada mase nak menaip sikit kat blog ni..tadi aku malas nak taip, so aku upload picture jela..hahahah...cara yang senang dan ringas...takde la lagi pasni aku dihujani pertanyaan begini..

"blog dah update?"

"bile nak update blog, asik cite same je"

"ade cite terbaru ke?cpt la update.."

Ok kawan2...aku penat dah buat kerja sepanjang 1 hari ni..so, jalan terbaik untuk aku membuat kelainan kat blog ni senang je...uplaod picture banyak2..hahahhahaha..kira update gak tu kan..huhuhu...ok, lain kali tulis lagi..babai...

Sepetang Di Hainan Tea

Cashier and waiter yang sangat mesra pelanggan....







Sweet huh??

Aksi Si comel














i miss you damn much!!!

Tolong kira, saya tak reti nak kira la...

Aku orang kaya....wahahahahahha!!!! (gelak orang kaya)

Wednesday, July 16, 2008

My Younger brother, Hapis

Hapis, adik aku yang paling bongsu.Kami sekeluarga panggil dia Apis saja.Dia lahir mase umur aku 13 tahun, masa aku form 1..masa tu aku duk hostel. so, aku kurang meluangkan masa bersamanya semasa proses tumbesarannya..

Sekarang umurnya sudah 12 tahun, ujung tahun ini bakal menduduki peperiksaan UPSR.
Apis ni (aku rasa) sangat cerdik antara kami adik beradik..sejarah pembelajaran dia sangat bagus..setiap kali exam atau test mesti dia dapat nombor 1 atau 2 sahaja..mak pun selalu membangga2 kan dia, tapi bagi kami apa sangatlah result yang dia dapat berbanding result kami yang dulu2..lagipun kami selalu sedapkan hati masing2 dengan menyatakan,
"budak2 sekarang memang bijak2...banyak sangat minum susu yang berkhasiat.."
tak macam dulu, kuantiti susu yang berkhasiat sangat lah kurang.....(tapi kami tetap berbangga dengan dia)

Aku rasa Apis ni lah yang paling manja antara yang lain..yela...dia leh dapat ape yang dia nak..semua dah ade depan mata..tak macam kami dulu2..membesar dalam keadaan serba sederhana saja..kami cuma dapat benda yang perlu sahaja..hanya dapat benda keperluan saja, kehendak, tolak tepi....(Apis pun sekarang dah pakai 2 henpon..)..MMmmmm....

Bertuahnya jadi Apis, just cakap apa yang dia nak, kalau mak abah tak dapat nk tunaikan, mesti dia call kakak2 dia (termasuk aku) or abang dia tuk belikan ape yang dia idamkan...Tapi satu sifat Apis ni yang aku suka, dia tak pernah berlagak or sombang dengan apa yang dia ada..dia tetap hormat orang lain, kakak2 dia, abang dia mahupun kawan2 dia...

Semua orang cakap aku sangat garang dengan Apis..selalu tengking2 dia..tapi sebenarnya aku baik..aku sayang dia..kalau tak caya tanya Apis..aku rasa akulah kakak yang paling baik antara yang lain....inilah buktinya.......

Sms dr Apis seminggu yang lalu....

"kak tolong topup"

2 hari berikutnya.....

"Kak Ani topup 5 riggit leh?urgent ni..jangan bgtau mak tau.."
(tapi selalunya amount yang paling sikit aku bagi kat Apis ialah 10rggt..)

sms yang terbaru petang tadi....

"kak, topup henpon Apis leh, cepat sikit....""
(Aduh...dah le mintak topup kat orang , suh cepat lak tu...)

Aku reply..... " kejap,tengah keje ni..xde mase..nak topup nombor name ni, celcom ke maxis?."

(tapi sebenarnya leh je aku beli terus guna maybank2u..aku saja je bagi lambat2 sikit...huhuhu...sebelum ni pun aku beli kat maybank2u gak....)

"celcom"

1/2jam aku lupa sent nombor topup kat dia...

"kak Ani cepat la...."

Adeihh...Apisss.....................


p.s : Sebenarnya bukan Apis mintak topup kat aku sorang je..rupanya dia mintak kat Kakcik jugak...dia mintak kat aku dua hari sekali.baru aku tau rupanya hari ni dia mintak kat aku, esok dia mintak kat kakcik, pastu esok kat aku balik, pastu kat kakcik lak....bijak tul adik aku sorang ni...aku tanya gak, nape tak mintak kat kakNa or abg Atan? Apis cakap dia tak berani nak mintak kat kakna ngan Atan,sebab diorg garang..hahaha..aku ingat aku yang paling garang....

Monday, July 14, 2008

Aku perlukan kedamaian...


Ada masanya kita perlukan masa untuk diri kita sendiri...

Sunday, July 13, 2008

Video Call Dari Juice

MMmmm...semalam mase nak kuar umah gi keje tiba2 hp aku bunyik..tak sangka juice call aku time2 camni....pelik gak tak pernah2 juice wat video call ngan aku...tapi aku tak sempat nak angkat, baru nk angkat dah misscall.so, aku call le dia balik....
Erkk..nak tanya ni..sape2 tau..juice br beli hp baru eh?nape tibe2 dia wat video call ngan aku eh??pelik ar..tapi mase tu aku tak leh nak borak lame2 sebab aku mmg dah lambat nk gi kerje..(lgpun aku nk menjimatkn kredit...huhuhuh)...

Bis ar pasni..mesti juice akan selalu call aku untuk mengetahui mane destinasi aku...susah gak kalau orang wat video call ni..bis la resia aku pasni..kang time tgh berkemban macam mane?kalau tido time tgh seksi2 camner lak??uiskkk...bahaya ni....

p.s -jus, nnt kite bervideo call lagi ek..abis la ko..

Friday, July 11, 2008

Weekend kat kampung...

HUuuuu.....best rasenya sesekali pulang ke kampung halaman....minggu lepas 5/7/08 macam tiap2 bulan yang lain, pasti ini lah destinasi percutian yang aku nanti-nantikan..huhuhu....


Terowang genting sempah...pemisah antara Selangor dan Pahang...








Add Image







Bunga-bunga dihalaman rumah aku.(ada banyak lagi..tapi aku segan nak amik, nanti adik aku gelakkan aku lak mesti dia ckp macam tak pernah balik kg lak..siap nak amik gambar)...mak aku memang pencinta alam sekitar...juga seorang yang bersifat greenthumb...dulu mase aku kecik2 mak aku sanggup marah2 aku semata-mata aku lupa nak siram pokok2 bunga kesayangan dia ni..huhuh...mak aku jugak pernah bagi petua, jangan siram bunga tengah2 hari, nantu pokok ni akan terkejut dan mati..betol ke ar???

Aku paling tak suka bunga ni, sebab dulu dia ni dah banyak mencalar2 kan badan aku dengan duri-durian dia...dulu bunga ni sangat galak membiak.sampai leh buat tempat nyorok2..badan aku calar2 sebab nyorok belakang pokok ni la....

Panorama belakang rumah...ade pokok durian, pisang, rambutan, pinang, jambu air, mangga, dan macam2 lagi..(errr...manggis, ciku, langsat..semua dah takde lagi...).buah durian dah start berbuah..huhuhu...next week kena balik kg lagi, makan durian..huhuh...besh!!!

Ini lah tempat istirehat yang paling best!! time kecik2 dulu suka panjat pokok rambutan, yang paling best makan rambutan atas pokok.kalau bawak turun bawah dah tak sedap lagi...

Macam-Macam Hal

Mmmmmm....banyak benda nak cerita..tapi sejak kebelakangan ni aku takde mase dan takde hati nak ngadap pc ni..ditambah pulak keadaan pc yang boleh mengundang kemarahan aku ni...
Lega sikit lepas pc aku di format..mampus ko wahai virus yang tak dikenali...huhu...macam2 orang syorkan aku antivirus...sekarang ni dah banyak sangat antivirus kat pasaran..pilih je..(macam pilih ikan kat low yat..eh!! macam pilih ikan kat pasar..)pasni aku takmo lagi sape2 pandai guna pc aku untuk tujuan yang kurang sihat..hahaha..aku nk pasang pasword kat pc ni..hanya aku dan orang2 yang berkenaan je yang boleh pegang pc ni..bos aku pun aku xmo bagi..nasib korang la...

*************************************

Betul la kata orang, bile seseorang tu depan mata kita tak hargai dia, tapi bile dia tak ada, kita betol2 terasa kehilangan dia...Acim, ibu rindu kamu la....tak sabar nak dengar suara manja dia panggil ibu..ibu.....

p.s - aku rase nak nangis..sape2 leh pinjam bahu tak??

Monday, July 07, 2008

Kerepek oh kerepek...

Tak tau nak cakap pe...anyway, thanks abg epek atas imaginasi abg kepek yang sungguh kreatif..huhuhu...kat sini aku kopipes ape abg kepek dah tulis pasal aku...

6. Summer -
Satu geng dengan Kina, jadi mudah kata satu kepala (kembo siam) Antara yang lama di blog aku, tapi aku kurang sikit bercerita dengannya. Apapun aku selalu masuk blog Summer dan suka baca apa yang ditulisnya. suka tengok senyumannya.. (sebab itu aku lukis senyum lebar siap kucing) Summer aku bagi : BERsenyuman (bukan kurang siuman..!)


p.s .. abg kepek, pasni aku akan terus tersenyum..

Friday, July 04, 2008

kebizian

2,3 hari ni aku rase hidup aku kelam kabut je...tah apa yang tak kena tah le...mungkin sebab budak kecik ni ada kot.kehidupan harian aku sedikit berubah..kalau dulu-dulu aku leh balik lambat..kul 3 pagi baru aku ada kat umah..budak2 umah pun dah jarang jumpa aku..apa2 pesanan pun pakai note je..hahaha...1 komunikasi yang kurang sihat...sejak ade budak ni, kena la balik awal.

Semalam ade shooting drama kat tampat aku ni..tajuk drama tu " cinta dalam hati" akan disiarkan kat TV3 dalam bulan 8 ni kat slot cerekarama setiap sabtu, 10mlm..huhuhu..tunggu la kalau sape2 nak tengok tempat keje aku ni..antara pelakon2 yang ada semalam, Dynaz, Elly mazlin, dan sapa2 tah..aku tak ingat sangat nama diorg, tapi muka memang familiar...ya, aku kurang ambil tahu pasal dunia hiburan ni...(bukan diorg kenal aku pun...)

Semalam sempat gak la borak2 ngan Dynaz kejap..ingat nak tanya pasal kesudahan cite Ezora tu..nak tahu gak ending dia caner..tapi Dynaz tak nak bagi tahu la..dia kata dalam kontrak tak leh bagtau sapa2...(macam la aku ni wartawan...ingat aku nk gi hebohkan ke??) pastu sempat la ambil gmbr ngan Dynaz, tapi sedikit kecewa la sebab gambar tu kurang jelas..pencahayaan yang kurang baik..penatang cahaya sibuk buat kerja lain..hahaha...

Virus..tension!!!!

Argggghhhhh!!!!!!
TEnsion betol kalau ada problem, tapi kita tak leh nak settle kn...bengang betul la...

Ari ni datang keje tengok pc aku ni penuh ngan virus...ni mesti malam tadi ade yang guna pc aku tengok cite blue ni..arrggghhhhh..............
Bile dh bukak website camtu kompem kena virus pc ni....
caner aku nk buat ni??
aku dah cuba nk download antivirus kat tenet, tapi sume suruh beli...adoiii...
tolong aku..caner aku nk settle kn masalah ni...macam2 mesej keluar, kejap2 kuar...


Security Alert : NetWorm-i.virus@fp
Type : virus/network worm
Damage lavel : High
Description : virus that infects executable files.
Advice : Delete/quarantine immediately.
Protection : Click this baloon to download certified Antivirus software.


Pastu kuar la yang ni....

" virus alert, your computer is being attacked from internet.it could be a password-stealing attacked. a trojan-dropper and so on... do you want antispycheck to block this attack?"

Bile aku click yes, dia suh purchase lak..babi tul la....

Aku geram betul la sapa yang punya kerja ni..sejak bila pulak pc aku ni jadi pc awan,suke2 je semua orang leh guna..suka2 hati masuk bilik ni..yang aku tahu, bilik aku ni cume aku ngan bos aku je leh masuk..kat pintu tu aku dah letak besar2 notice..

NO ENTRY..STRICTLY FOR MANAGEMENT ONLY!!!

BUTA KE SEMUA ORANG???

Sebab ni la aku tak suka orang yang tak berkenaan masuk bilik ni dan guna barang2 dalam ni.nanti ni la yang jadi..aku geram betol la...diorg ni kalau nk guna pc ni untuk tujuan yang baik takpe la, aku tak kisah.tapi diorg guna pc ni nak tengok benda2 yang tak sihat.pastu download tah ape2..kelam kabut dah jadi pc aku ni...sume document2 penting aku save dalam pc ni..kang kalau jadi pape kat pc ni aku tak tahu la nk cakap ape lagi...
Arrrgggghhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!! TENSION NYA....
Caner aku nk buat sekarang ni?caner aku nk removed semua virus2 ni??tolong la!!!!

Followers