:: Don't walk in front of me, I may not follow. Don't walk behind me, I may not lead. Just walk beside me and be my friend ::

Hello! Myspace Comments

Mengapa Singgah Kalau Tak Masuk

Me, Myself and I

My photo
Summer is Annie @ Rosni ..i'm 28 years old.. Aku tak susah untuk didekati..kalau sape nak be fren dengan aku,just come to me when i'm in a good mood.. Aku hidup untuk family aku,4 my hubby,dan untuk orang-orang yang sayang aku... Aku nk puaskn hati sume org.. :: ...Aku nak jadi yang terbaik untuk semua orang...::

Saturday, June 14, 2008

Selamat Hari Bapa


Ni Encik Ahmad bin Sidek, Ayahanda ku yang ku sanjung tinggi...


Tarikh Hari Bapa adalah pada hari Ahad ketiga bulan Jun pada setiap tahun, ini bermakna tahun ini jatuh pada 15 Jun 2008. Macam biasa hari bapa kurang disambut berbanding hari ibu.. Di samping itu ada juga pihak yang menyarankan untuk tidak menyambut hari bapa ataupun hari ibu ini. Walaupun begitu ada juga pihak yang mengambungkan sambutan kedua-dua hari ini dan mengingatkan bahawa ibubapa perlulah sentiasa diingati sepanjang tahun.

Bagi aku hari bapa dan hari ibu sama macam sambutan hari kekasih jugak..tak perlu nak sambut pada hari2 tertentu saja,kite patut mengenang mereka, menghargai mereka setiap hari, setiap saat, bukan untuk hari2 tertentu saja....

Tapi hari ni aku rase nak menulis sesuatu khas untuk bapa aku yang ku panggil abah..
Nama abah Ahmad bin Sidek.Umur abah sekarang 56 tahun.patutnya sekarang dalam usia beliau begini, dia hanya duduk dirumah bermain2 dengan cucu2, tapi bagi abah.dia masih muda dah kuat untuk berkerja..ya, abah memang nampak muda dan kuat, (sampai mak pun kadang2 risau ngan abah kalau2 abah ade orang lain)..walaupun sekarang abah dah gajikan kerja2 kat ladang kepada indon2, tapi kata abah, kita tak leh percaya sangat kat indon2 ni..kena pantau sikit ape yang diorang buat..aku sokong 100% kata abah tu..

Aku sayang abah, walaupun susah sangat nak tunjuk kasih sayang aku ni...huhuhuhu..kalau leh aku nak abah duduk rumah je, tak payah susah2 keje lagi...

Hari ni aku rase cam nak wat puisi khas untuk abah..tapi aku tak reti..aku bukan student sastera ..mase orang lain belajar sastera,wat puisi itu ini. aku hanya belajar cara2 mencampur asid itu, asid ini...kira kelajuan itu, kelajuan ini..pening2 pala wat kira2 math yang tah pape, tak tahu ape kegunaannya dalam kehidupan aku sekarang ni...kalau dulu aku masuk class sastera, tentu sekarang aku mampu nk wat puisi yang syahdu2 untuk abah..hehehehe...
Ahhhh......
kasih sayang seorang anak bukan dikira dari kesyahduan sesebuah puisi itu...kasih sayang terletak pada hari..huhuhu...

Abah..
Anni sayang abah, Anni doakan abah sihat, bahagia dan ceria setiap hari..semoga panjang umur..Anni harap abah akan ade dengan Anni sampai Anni tua nanti..Anni nak abah tengok anak2 Anni membesar..hehehe...
Selamat hari bapa untuk abah...

No comments:

Followers