Hapis, adik aku yang paling bongsu.Kami sekeluarga panggil dia Apis saja.Dia lahir mase umur aku 13 tahun, masa aku form 1..masa tu aku duk hostel. so, aku kurang meluangkan masa bersamanya semasa proses tumbesarannya..
Sekarang umurnya sudah 12 tahun, ujung tahun ini bakal menduduki peperiksaan UPSR.
Apis ni (aku rasa) sangat cerdik antara kami adik beradik..sejarah pembelajaran dia sangat bagus..setiap kali exam atau test mesti dia dapat nombor 1 atau 2 sahaja..mak pun selalu membangga2 kan dia, tapi bagi kami apa sangatlah result yang dia dapat berbanding result kami yang dulu2..lagipun kami selalu sedapkan hati masing2 dengan menyatakan,
"budak2 sekarang memang bijak2...banyak sangat minum susu yang berkhasiat.."
tak macam dulu, kuantiti susu yang berkhasiat sangat lah kurang.....(tapi kami tetap berbangga dengan dia)
Aku rasa Apis ni lah yang paling manja antara yang lain..yela...dia leh dapat ape yang dia nak..semua dah ade depan mata..tak macam kami dulu2..membesar dalam keadaan serba sederhana saja..kami cuma dapat benda yang perlu sahaja..hanya dapat benda keperluan saja, kehendak, tolak tepi....(Apis pun sekarang dah pakai 2 henpon..)..MMmmmm....
Bertuahnya jadi Apis, just cakap apa yang dia nak, kalau mak abah tak dapat nk tunaikan, mesti dia call kakak2 dia (termasuk aku) or abang dia tuk belikan ape yang dia idamkan...Tapi satu sifat Apis ni yang aku suka, dia tak pernah berlagak or sombang dengan apa yang dia ada..dia tetap hormat orang lain, kakak2 dia, abang dia mahupun kawan2 dia...
Semua orang cakap aku sangat garang dengan Apis..selalu tengking2 dia..tapi sebenarnya aku baik..aku sayang dia..kalau tak caya tanya Apis..aku rasa akulah kakak yang paling baik antara yang lain....inilah buktinya.......
Sms dr Apis seminggu yang lalu...."kak tolong topup"
2 hari berikutnya....."Kak Ani topup 5 riggit leh?urgent ni..jangan bgtau mak tau.."
(tapi selalunya amount yang paling sikit aku bagi kat Apis ialah 10rggt..)
sms yang terbaru petang tadi...."kak, topup henpon Apis leh, cepat sikit....""
(Aduh...dah le mintak topup kat orang , suh cepat lak tu...)
Aku reply..... " kejap,tengah keje ni..xde mase..nak topup nombor name ni, celcom ke maxis?."
(tapi sebenarnya leh je aku beli terus guna maybank2u..aku saja je bagi lambat2 sikit...huhuhu...sebelum ni pun aku beli kat maybank2u gak....)
"celcom"
1/2jam aku lupa sent nombor topup kat dia..."kak Ani cepat la...."
Adeihh...Apisss.....................
p.s : Sebenarnya bukan Apis mintak topup kat aku sorang je..rupanya dia mintak kat Kakcik jugak...dia mintak kat aku dua hari sekali.baru aku tau rupanya hari ni dia mintak kat aku, esok dia mintak kat kakcik, pastu esok kat aku balik, pastu kat kakcik lak....bijak tul adik aku sorang ni...aku tanya gak, nape tak mintak kat kakNa or abg Atan? Apis cakap dia tak berani nak mintak kat kakna ngan Atan,sebab diorg garang..hahaha..aku ingat aku yang paling garang....